Salam Sejahtera,
Kementerian Kesihatan tidak menetapkan amalan perlindungan didalam tubuh manusia seperti vaksin(yang masih dalam kajian), atau tablet (seperti Tamiflu). Terpulang kepada individu untuk mengamalnya malah ia tidak digalakkan.
Mencegah lebih baik dan murah daripada merawat!! Kos perubatan, ujian makmal dan tempoh menetap dihospital swasta atau kerajaan adalah tinggi. Baru-baru ini ada pihak insuran yang enggan menaggung kos perubatan pesakit dijangkiti Influenza H1N1. Untuk mereka yang bergantung dengan pihak insuran untuk kos perubatan perlulah merujuk samada jika terjadi diri dijangkiti adakah kos tersebut ditanggung oleh mereka.
Apa harus kita lakukan bagi mencegah sebelum dijangkiti virus ganas itu? Saranan Kementerian Kesihatan itu ada menasabahnya..iaitu untuk mengelak kemasukan virus Influenza H1N1 ke dalam tubuh yang kurang daya ketahanan. Tetapi TIADA JAMINAN langkah-langkah tersebut mampu menghalang 100% kemasukan virus tersebut. Pendek kata, tubuh perlu kekuatan pertahanan imun bagi memusnahkan saki baki virus yang memasuki tubuh. Isu pada saat-saat 'kritikal' ini ialah setiap individu perlu menguatkan pertahanan(Imun) badan. Memang yang terbaik adalah saranan untuk meningkatkan pertahanan tubuh dari dalam. Lebih baik lagi jika pertahanan tubuh ini dilengkapi dengan unsur yang boleh membunuh virus yang masuk kedalamnya.
Disarankan individu berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, mereka mempunyai daya imun yang lemah, mereka yang mempunyai penyakit, mereka yang tinggal dikawasan penduduk yang padat atau mereka yang selalu ke majlis orang ramai berusaha meningkatkan sistem pertahanan tubuh mereka bagi mencegah kemasukkan virus Influenza H1N1 didalam tubuh mereka.
Khidmat Kaunseling Kesihatan ini diberi oleh Tuan Hj. Abd. Rahim Bin Datuk Yahya, R.Ph.,Ahli Farmasi Bertauliah Anda.