Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah berevolusi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. Semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.
Jangka Hayat Virus : Oleh kerana ia adalah air born virus, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host(badan manusia) ia akan mati.
Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.
Asal virus ini: Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus lah outbrake di Mexico.
Virologi Virus H1N1 : Incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh.
Cara Serangan : Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi
Siapa yang berisiko?
1. orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok
2. perempuan yg mengandung
3. orang yg ada astmatic
4. orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV etc.)
Simptom-simptom
Day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)
Day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - sakit dada yg teruk. Jumpa doktor dengan segera!!
Day 5 and above - LUNG COLLAPSE AND COMA..
Langkah-langkah Kawalan :
1 - golongan2 yg berisiko, elakakan drpd kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5 - jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2nya 3 ply mask)
6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.
7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9 - tak perlu ambil vaksin anti-viral @ apa2 ubat selsema. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubat2 untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat2 tersebut terlebih awal.
10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11 utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amiin.
Nota : Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific Klia pada 01.08.2009. Terima kasih kepada Encik Amiruddin Md Radzi atas nota taklimat diatas.